Monday, August 10, 2009

Pokok Pinang Berwajah Manusia











Keratan Akhbar (Harian Metro - 12 Sept 2006) :
Edisi Utara: 'Hantu' pokok pinang
KEPALA BATAS: Penduduk Kampung Paya di sini, gempar selepas menyedari kewujudan wajah menakutkan pada seludang pokok pinang berhampiran rumah seorang penduduk. Kewujudan wajah lengkap dengan mata, gigi dan hidung dikatakan pada ketinggian kira-kira lima meter sejak sebulan lalu tetapi penduduk kampung terbabit hanya menyedarinya pada Jumaat lalu. Berikutan itu, penduduk kampung berpusu-pusu untuk melihat sendiri wajah 'hantu' pada pokok yang dikatakan tumbuh lebih 10 tahun lalu itu. Penduduk, Zainol Nayan, 54, berkata dia yang mula-mula menyedari kewujudan wajah hantu pada pokok pinang berhampiran rumahnya.

No comments:

Post a Comment